Wednesday, October 20, 2010

Bila Akan Berakhirnya Sebuah Kedukaan

Pepagi ni ntah nape...mood sesangat la dingin rasanya....adakah kerana semlm aku bermlm dirumah mertuaku...Di dalam lena ku di serang oleh nyamuk-nyamuk yang sangat mencemburui aku....
Di saat aku bergelung dengan nyamuk-nyamuk padahal orang sebelah tido dengan lenanya...

Apapun...xlama lagi usia perkahwinan aku menjangkau 3 tahun...
Awal lagi kan??? Apapun dengan jangka masa tu jugak la dah bermacam-macam yang jadi antara kami...susah senang...sedih perit...hanya Allah swt sahaja yang tahu. Namun dalam banyak2 tahun ( mcm byk dgt la tahun padahal selain tahun ni ada 2 tahun lepas je..kuikuikui)....tahun 2010 adalah tahun yang sangat menguji....ada apa pada angka 2010 tu????

Hujung tahun nanti insyaallah kiranya di izinkan...sama-sama kita imbas apa yang telah berlaku ke atas diriku dan suami sejak kami berpindah ke sini....
Dalam bulan Ramadhan yang lepas aku ke Masjid Shah Alam... di sana terdapat jualan buku-buku, jubah...kurma...songkok...aksesori....dan dalam pandangan pertama aku terpikat dengan satu buku ni tajuknya "Berubat dengan Solat Tahajjud"....

Secara ringkasnya...tertulis, kiranya sudah berikhtiar dan akhirnya berbuatlah solat tahajud yang merupakan satu terapi untuk penyembuhan....tp aku x beli pun. Memang menarik, tp masa tu duit x bpe nk cukup...walaupun orang kata duit boleh dicari...tapi..ms tu aku perlukan duit utk perkara lain terdahulu...
Lalu, aku terpesona dengan sebuah lagi buku...BILA ALLAH MENDUGA KITA..sebab apa aku terpesona lalu jatuh cinta? Sbb aku yakin bahawa kandungan di dalam buku ini adalah menepati dengan apa yang telah aku lalui....
Buku ini berjaya aku miliki...walaupun aku ni bukan la seorang ulat buku....namun, aku sangat berminat utk mengetahui sesuatu didalamnya....
Ungkapan perenggan ini sangat memberi makna kepada aku...aku harap begitu juga dengan pembaca lain...boleh dijadikan satu pegangan

Banyak kenyataan yang banyak menyedarkan aku...apa yang berada di sebalik sebuah DUGAAN itu....namun aku tidak lah sekuat mana utk lalui semua ini dengan hati yang redha....aku sentiasa dibelenggu dengan perasaan takut...pilu....aku perlu kuatkan imanku....
Pertanyaan seperti kenapa aku...? tidak sepatutnya keluar....semuanya telah ditentukanNya....
Namun, aku umatNya yang serba kekurangan...yang kerdil di sisiNya...bukan mudah untuk itu semua....
Petikan dari ayat di atas : "Allah telah mentakdirkannya dan apa yang dikehendakiNya pasti terjadi"

No comments:

Post a Comment