Tuesday, October 5, 2010

Sepatutnya iniLah Tarikhnya 5 Oktober 2010



Assalamualaikum...

Ntah kenapa, hari ni selalu di ingatan...kejap2 teringat...kejap2 terkenang. Bila tgk perut kengkawan yang makin menegang....yang makin berat rasanya, namun berat lagi perasaan dan hati ni....masih lagi kedengaran....ungkapan itu...maih terngiang lagi di anak telinga ku walaupun kekadang aku ni trouble jugak...

'due awak 5.10.2010...kalau lewat sket dapat tarikh 10.10.2010'....

Ini lah harinya...sepatutnya....hari ini la anak mama akan dilahirkan...namun di manakah dia...aku tetap hanya bersama insan yang bergelar suami...suami yang masih belum dipanggil 'papa'....Tersentuh dijiwa...aku sedar itu semua atas kehendakNya...siapa aku hanya umatnya yang kerdil dalam menentukan ketentuan hidupku walaupun amat aku harapkan..

Mama...bila aku akan bergelar mama...walaupun belum masanya, namun entry kali ni teringin benar utk aku mengungkapkan kata 'mama'....
Agaknya anak mama lelaki ke perempuan ?
Adakah ia secomel mama atau papa nya....?
Adakah anak mama akan merengek seperti baby lain...?
Adakah anak mama akan menghiasi dunia mama dan papa...?
Adakah pada masa itu anak mama pernah bernyawa dalam rahim mama?
Namun mama dan papa yakin bahawa anak mama pernah bernyawa
Walaupun sedetik cuma....
Mama dan papa teringin akan kehadiranmu...
Namun masih belum masanya....Allah maha berkuasa..maha kaya....
DIA punya sebab kenapa anak mama masih belum ada di samping mama dan papa....
Kiranya 6 bulan yang lalu tidak berlaku kejadian itu, mungkin hari ini...atau awal..atau lewat lagi...akan ku rasa kesakitan itu...kegembiraan mendengar teriakan anak mama....saat2 bergelar mama dan papa....
Namun kini, ia hanya tinggal sebuah tarikh sahaja
Tarikh kedua selepas 23.3.2009....
Mungkinkah akan tiba lagi tarikh lain utk aku dan suami ku...dan apakah tarikh itu akan menjadi tarikh yang dipinjamkan semata...
Ya Allah....KAU maha mengetahui segalanya....
Terkadang teringin benar...terkadang rasa takut menghantui...
Takut kenangan itu berulang kembali....
Akan ku ceritakan setiap detik itu...agar ia tetap segar dalam ingatan
Menjadi liputan kenangan bahawa aku penah merasa nikmat berbadan dua...
Saat alah...saat2 sayangnya seorang suami kepada isterinya....
Sebuah pengorbanan aku dan dia tiada bandingnya...

Kiranya takdir tertulis kita hidup berdua saja....
Nikmatilah hidup ini sebaiknya....
Moga Allah tidak akan memisahkan kita...
Moga Allah akan beri ganjaran untuk kita di sana
Selepas melaluinya semua di dunia ini....

No comments:

Post a Comment