Monday, July 7, 2014

Merasai Sendiri Mealshake, ESP dan Performance Drink Di Bulan Ramadhan

Salam Ramadhan...
Seperti yang dijanjikan aku akan  berkongsikan pengalaman mengguanakan produk supplement shaklee di bulan puasa ni. Ramai yang tahu terdapat pelbagai set yang blh diambil ketika bulan puasa ni.
Tapi pastinya dikalangan kita lebih menjurus kepada bagi menahan rasa lapar, mengelakkan dari pedih perut dan juga kehausan terutamanya kini musim panas... tidak terkecuali kita yang menjalani ibadah puasa ini yang kurang dapat minum air dengan banyaknya.

Dan buat pertama kalinya kami suami isteri mencuba utk produk MEALSHAKE, ESP dan PERFORMANCE....

Mealshake - selain kesesuaian untuk anak-anak yang kurang selera makan, mengalami sembelit dan mengandungan 19 jenis vitamin, orang dewasa juga boleh mengambilnya bagi memenuhi zat harian.

ESP - merupakan protein / soya yang mengandungi pelbagai kebaikan seperti yang telah aku nyatakan dalam entry yang lepas di SINI. Apabila digabungkan / dicampurkan bersama dengan Mealshake, menjadi satu kombinasi rasa yang menarik selain kebaikan yang kita rasai.

Performance - adalah minuman yang membekalkan bendalir dan elektrolit yan penting untuk mencegah penyahidratan. Dalam erti kata lain, ia mengelakkan diri kita dr tersejat akibat kekurangan air selain daripada memberi tenaga dan kesegaran badan dengan perisa oren.

Perkara begini memang sukar untuk memberi keyakinan kepada orang lain, kerana pengguna akan dapat merasainya setelah mencubanya.
Produk ini sukar dibuktikan seperti 'before n after'...
Kalau produk untuk kulit mungkin kita boleh ambil gambar before n after...tp produk ini memberi kesan daripada apa yang kita rasa.


Bermula puasa kali ini kami suami isteri mengambilnya sebagai makanan tambahan agar lebih bertenaga dalam menjalani ibadah puasa.
Alhamdulillah...enCik hubby yang selalu pedih perut / pedih ulu hati akibat asid kuar kerana tidak makan, tidak lagi dirasai. Perut rasa lebih kenyang....Bibir pun x kering, berbeza sebelumnya. Pernah hari tu, enCik hubby demam, siap muntah lagi....tapi alhamdulillah, dia dapat meneruskan puasa dengan tidak mengeluh apapun....masih bertenaga..tidak rasa dahaga...

Sehati sejiwa (kononnya) suami isteri ni demam dua-dua. Dapat selsema ngan batuk. enCik hubby yang demam dulu...Namun kami mampu untuk teruskan puasa, walaupun dalam keadaan demam selsema. Kurang rasa mengantuk selepas berbuka dan juga bangun sahur...enCik hubby pun nampaknya xde la duk mengantuk nk tido selepas subuh...alhamdulillah. Dia mengaku terasa lain setelah mengambil ketiga-tiga produk ini.

Kami mengambil produk ini semasa bersahur. Kadang kala saja aku mengambil performance secara tambahan setelah berbuka. Di bancuh dengan air sejuk...memang sedap!
Bagi mereka yang mengalami gastrik / pengidap gastrik boleh mencubanya. Boleh juga ditambahkan dengan pengambilan Peppermint Shaklee. enCik hubby mengambil Peppermint - Ginger ini sbg tambahan setiap hari bagi mengelakkan peduh ulu hati. Alhamdulillah....xde lagi rasa gas naik la...angin la....
Kesannya sukar untuk digambarkan melainkan anda merasainya sendiri. Bagi mereka yang ingin mendapatkan bekalan supplement ini boleh roger ila yer...kalau x beli untuk sendiri mungkin nak belikn untuk yang tersayang ker....mak bapak ker....selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment