Tuesday, May 31, 2011

Sekitar Meeting @Melaka 9-11 Mei 2011

Baru je balik dari Melaka dengan enCik hubby...aku ke Melaka lagi....
Yang kali ni bukan makan angin...tapi ada Mesyuarat Bahagian. Tapi dalam pada itu sempat jugak berjimba sekitar Melaka memenuhi lawatan yang tidak dapat pergi semasa bersama dengan enCik hubby.

Meeting start Isnin 9hb tapi 8hb aku , razzif & murni dah gerak dari Selayang ke Melaka. Dengan agenda tersendiri kami sampai jam 4.30 petang la lebih kurang. Sampai je terus park dekat dengan Muzium Samudera kerana dari situ senang nak jalan-jalan. Jalan kaki je, x payah nak ubah-ubah kereta kan.

Banggunan Merah , sebenarnya aku x tau pun apa nama sebenarnya. So boleh je la kan digelar 'Banggunan Merah'.
 Lepas solat terus jenjalan kat sekitar Banggunan Merah ni...walaupun cuaca agak panas ketika ini, namun digagahkan jugak la sebab nanti mungkin xde masa untuk berjalan dah. Bukan ada beli pape pun setakat berjalan bergambar & mengabadikan suasana Bandar Bersejarah ni.

Bersama Murni, gaya lebih tapi xde beli pape....orang kedai pun marah...hehehe
 Mula-mula memang proses mengenali barang dulu...hehehe, pilih mana nak beli. Buat listing, baru wat selected. Lagipun sebelum ni dah ke Melaka sebelum ini dengan enCik hubby, so xde la nak beli sangat. Ye ke? Jangan percaya cakap aku ni, dengar boleh percaya jangan.


Beg santai yang aku pegang ni harganya RM15 padahal kat Medan Samudera RM10 je....jangan tertipu okey.
 Apa motif buh photo ni??? Hahaha....sebenarnya suka tengok struktur batu-batu buatan ni....so dengan x malunya memanjat batu-batu ini tanpa segan silu...Hamik!

 Ni la model untuk aktiviti kali ni....bergaya dengan DSLR opis..huhuhu...apa lagi. Ini ada trial aku tentang teknik photog. Anyway agak berpuas hati la....

Nila razzif & murni...kami 3 serangkai yang terdatang awal gara-gara nak berjimba kat sekitar Melaka....bukan selalupun kan. Nanti bila meeting dah start, selalunya memang x sempat nak ke mana pun.... Ambil lah peluang yang ada....
 Memegang pedang ala samurai. Lepas je bergambar ada suara berkumandang...
'Kak yong....mana boleh bergambar je....'...pandang-pandang rupa-rupanya memang ada note "DILARANG BERGAMBAR"...hehehe. Dengan rasa tidak bersalah terus berlalu pergi. Rupanya memang ramai yang duk saruk2 topi, snap sana sini...blah. Patutlah sampai ada note sebegitu...
Satu percubaan yang baek dari Razzif....hahaha....
Ada photo-photo lain telah diambil semasa mengikut enCik hubby berkursus...so kita tengok je la entry ni dulu. Sebab photo yang ada dengan enCik hubby guna RAW...so kene tukar jpeg dulu...pemalas! x taukar-tukar pun lagi...tu pasal buh entry ni dulu.

Ini adalah photo yang diambil semasa di TOILET MYDIN MITC Ayer Keroh.....hehehe. Kat toilet pun  sempat jugak.
 Ni masa lawatan yang dijalan di Mydin MITC, kat situ ada satu ruangan baru di bukak untuk produk 1 Malaysia Best....

Gambar ni gambar candid sebenarnya...masa kat cafe di Mahkota Hotel. Time makan pun keje ke? Sebenarnya adengan ni adalah tengan meneliti dokumen dalam beg laptop tu. Sebab x tahu beg sapa....Yang pasti masa balik, bila semak-semak banyak jugak la barang yang dibeli. Nama je meeting, tapi duit tetap habis....lepas ni kene ikat perut...hehehe. enCik hubby, bini awak dah shopping!

2 comments:

  1. salam la.. lain kali nak ke melaka leh singgah rumah kami di melaka lepas kami balik for good nanti

    ReplyDelete
  2. Insyaallah...iTa bila balik sini?
    La pegi melaka ni pun setelah 5 tahun ke sini...tengok banyak jugak perubahannya...paling best byk kedai kasut...hehehe

    ReplyDelete