Thursday, July 22, 2010

Hari Beremosi


Tak tahu nak kata mcm, emosi sering terganggu....kekdg aku sendiri x tau kenapa. Kekdg rs apa yang aku buat serba x kena...xkan kerana perubahan hormon kut...xpe la minggu depan aku nak pegi bercuti..pegi Langkawi dengan husband aku. Aku harap jiwa aku x kacau lagi..aku nk berehat..dari kekacauan kerja..kekacauan berita yang kurang menyenangkan...

Layan jiwa dengan lagu-lagu beremosi. Aku sendiri x tau apa motif aku menulis di sini. hanya untuk melayan perasaan yang melayang ntah ke mana....nape ni iLa..? Apa yang mengganggu kamu....Tuhan kuatkan aku....aku inginkan ketenangan dan kebahagiaan hidup...dengan kesihatan yang baik...
Yang penting balik kampung ni aku nak cari cerita yang aku buat satu ketika dlu..tahun 2002...dah 8thn yang lalu. Satu-satunya cerita yang aku novelkan. Aku nak cr softcopynya, klu xde kene la aku taip semula....dalam mood mengenang kisah silam...hahaha....apa yg aku merepek ni...dr jiwa kacau masuk plak bab-bab kisah silam ni. Ada kaitan ke...? May bila terkenang kisah silam...terselit di kesumat ni sedikit kerinduan...TANGISAN DALAM KERINDUAN...penah dengar ke...walaupun ia terkadang menyakitkan, tapi ia sebuah kenangan yang berharga...kenangan yang tidak akan pudar....En Ahmad Fadzil pernah kata "jangan hapuskan kenangan, kerana itu je kenangan yang kita ada...dan xsemua orang akan dapat kenangan sebagaimana yang kita dapat"....

Klu fikirkan...betul juga...pastu emosi tersentap! Sentap la pulak....adoyai iLa..iLa...kau adalah insan terpilih..terpilih untuk lalui semua ini. Mungkin punya sebab tersendiri yang kau tidak ketahui..dan mungkin terkadang membuatkan kau tertanya-tanya apa semua ini....tiada siapa yang mampu utk memberikan jawapan kepada kau...
Percayalah, walaupun kau serba kekurangan....kau adalah insan istimewa yang diciptakan oleh ALLAH swt dimuka bumi ini...untuk lalui semua ini...kerana Allah tu maha besar..maha mengetahui...kau iLa antara hamba yang layak untuk melalui semua ini...

'Allah akan turunkan ujian/dugaan pada hambanya untuk menghapuskan dosa-dosanya...menaikkan darjatnya ke tahap lain dan Allah tidak akan menurunkan ujian buat umatnya sekiranya umatnya tidak mampu mengharungi semua ini'....

Ya Allah besarkan kekuasaan MU...sehina-hinanya aku..sekecil-kecilnya aku....kuatkan la imanku, ketabahan ku...dan lindungilah aku....
Sebak di dada...takungan air mata blum mampu berlinangan....cukup la sekadar melayan emosi...kerana tiada siapa yang sudi mendengar, tiada siapa yang sudi menemai di kala ini....

No comments:

Post a Comment