Tuesday, July 6, 2010

Nak Buat Yang Mana dulu...



Ermmm...dari minggu ke minggu x duk diam...keje kat opis pun xde setel2..ada je keje. Sejak balik dari ILF ari tu bz la update maklumat-maklumat. Pastu di kejutkan plak dgn Meeting Bahagian pada 1 Julai lalu. Arghhh...minit mesyuarat yang lepas pun belum terusik lagi...Belasah je la siapkan dalam ms satuhari. Siap! Bagi bos semak....

Hati plak duk x puas hati je pasal kesihatan diri yang sering kali mengganggu gugat fikiran dan hati ni...xtau la kena. Salah aku ke...atau sengaja syaitan-syaitan di sekeliling aku ni mengganggu. Lastly aku g klinik...klinik lain plak. Sebab pegi klinik biasa selalunya diaorg duk nasihatkan aku xde pape...jgn risau. Tp kenapa ia berterusan?#?# Ya Allah, dengarlah suara hati ini...kau tahu apa yg tersirat di dalam jiwa ini...aku takut...makbulkanlah doa-doaku ini...tolonglah hambamu ini...

Meeting 1 Julai 2010..dptlah arahan berat utk aku...aku kene siapkan prestasi KPI setengah tahun yang pertama kene submit Isnin depan 6 Julai. Kene buat laporan status kewangan mengikut buku vot dan juga penyata kewangan...ermmm byk nye keje. Meeting je dah hbs setengah hari...ms aku hbs di situ...nak buat yg mana satu pun aku tak tahu...fikiran aku sering serabut sejak akhir-akhir ni...ntahlah. Terkadang hatiku menangis..tetapi tiada siapa pun yang tahu. Mungkin juga suamiku sendiri tidak tahu..atau mungkin dia tahu tapi buat2 x tahu....


No comments:

Post a Comment