Wednesday, December 8, 2010

1 Disember 2010-Colonskopi


1 Disember 2010, Pusat Rawatan Harian , Hospital Selayang.

Jam 7.30 pagi aku telah sampai ke Pusat Rawatan Harian Hospital Selayang bagi menjalani rawatan Colonskopi seperti mana yang telah aku nyatakan dalam entry 2 bulan yang lalu. Walaupun hati cukup berdebar...jantung ni rasa nak luruh dibuatnya, namun aku tetap tekad untuk menjalaninya walaupun sebenarnya aku takut...takut sangat. Takut nak jalani...takut nak tahu resaultnya....citernya semuanya takutlah.

Badan dah terasa lemah..mengantuk...sbb sehari sebelumnya aku menjalani proses cucian usus yang membuatkan aku membuang air besar sekerap mungkin bermula jam 4ptg tanpa sebarang makanan yang masuk, hanya air putih sahaja yang dibenarkan untuk minum.

Jam 8.30pg barulah nama aku dipanggil, dan aku diminta utk menyalin pakaian, dan jarum dimasukkan di tangan kanan ku. Setelah itu, aku diminta untuk tunggu di kawasan menunggu. Lebih kurang jam 10pagi baru nama ku dipanggil. Sebelum itu silih berganti pesakit yang masuk semuanya telah berusia dariku....
Bila ada yang menegur sapa membuat kan aku semakin takut....sbb dari ceritanya semuanya penyakit yang merbahaya....ramai yang akan menjalankan endoskopi di mana camera akan dimasukkan melalui kerongkong sehingga awal usus kecil....

Sebelum itu aku dipanggil utk disoal sbg kajian hospital..aku ditanya tentang pemakanan selama sebulan yang lalu..beratku di ambil, perutku diukur...kakiku di ukur....tinggi di ukur...dan kandungan lemak dibawah kulitku di ambil....

Hati makin berdebar-debar...walaupun jauh disudut hati ni, aku berharap tiada apa yang buruk akan terjadi kepada diri aku.
Mendengar sembang-sembang kelilingku, ramai yang bermasalah perut & usus....menambahkan lagi ketakutan aku.
Pabila namaku di panggil...dup dap dup dap.....

Masuk di sebuah bilik yang hanya ditutup dengan tirai sahaja...terdapat skrin dan juga peralatan-peralatan. aku diminta utk baring di katil yang disediakan....
Prosedur2 diterangkan kepadaku sebelum proses colonskopi dijalankan....
Kelihatan seorang jururawat sedang menyambung seperti paip hitam yang agak besar dan bila diletakkan, aku ternampak gambar di skrin....mungkin inilah bendanya....

Doktor mengarahkan aku baring mengiring...ubat pelalian akan diberikan kepada ku..
Ubat tersebut membuatkan aku terasa mengantuk 'mamai'...namun bukan pengsan seperti kena bius....nampak cecair putih dimasukkan ke dalam jarum yang telah diletakkan di tanganku tadi....dua dos di masukkan & x lama kemudian, terasa mengantuk sangat....zzzzz....

Puas aku cuba membuka mata....akhirnya berjaya, kelihatan sedikit di skrin keadaan usus aku....xlama kemudian, camera dikeluarkan tanpa rasa apa-apa.....namun aku sempat bertanya..tiada apa-apa masalah kan doktor???
Dalam sedar tidak sedar aku rasa doktor beri jawapannya 'tiada apa-apa'...
Selepas itu katilku ditarik ke satu tempat utk menstabilkan aku....darah diambil utk ujian...
Terasa perut begitu kembung...seperti yang doktor telah maklumkan kepada ku tadi...
Namun angin itu akan keluar dgn sendirinya...

Tidak lama kemudian aku dibawa di wad sementara...disitu aku ditukarkan katil...diberi makanan dan minuman...ermmm sedapnya sbb aku terlalu lapar.....sementara menunggu jururawat memanggil encik hubby, aku melayan badanku yang masih lemah....

Tibanya encik hubby, aku mula makan..mee goreng...air milo....sedapnya rasa....pelahan-lahan.
Habis! Bila rasa mcm ok baru aku menyalin pakaian, walaupun terkadang rasa bergoyang nak tumbang...setelah semuanya selesai, encuk hubby bertanya kepada nurse di situ...nurse kata boleh balik....doktor pun xbg apa-apa ubat....

Apa yang aku harapkan tiada sebarang masalah yang aku hadapi....encik hubby pernah kata
'kalau ada apa-apa masalah, mesti doktor akan bagi ubat dan akan ada appoinment seterusnya dalam jangka masa terdekat'.....terkadang lega rasa hati..terkadang takut menguasai diri....

Sepanjang perjalanan balik rumah, aku bagaikan pengsan....tidur je. mungkin kesan dari ubat itu...
Sampai rumah sempat tanggal tudung, dan terus tidur....jaga-jaga dah jam 4 petang. Terasa badan mengigil kelaparan...bersiap-siap terus ke kedai utk makan....gigil....dapat sedut milo ais milo tabur atas...ermmmm sedapnya.
Aku terus berdoa agar Allah swt menjauhkan diri aku dari segala keburukan....


No comments:

Post a Comment