Friday, December 31, 2010

Selamat Tinggal 2010...debaran 2011

Tangga 31hb Disember..xlebih dr 24jam dari coretan ini dibuat...akan tibalah tahun 2011 meninggalkan 2010 dengan seribu kenangan yang benar-benar terpahat dalam jiwa ini...pelbagai rencah hidup yang aku bersama encik hubby lalui....tatkala membuatkan kami hampir-hampir putus asa....

Imbauan 2010....

Januari
Aku disahkan mengandung anak ke 3 kami....harapan tinggi menggunung agar akan lahirnya insan baru dalam kehidupan kami berdua. Gembira berbau kerisauan....check masa enCik hubby outstaion..enCik hubby sgt hepi bila terima MMS pregnant test resault.....

Februari
Berada dalam keadaan mabuk....pembawakan fetus yang ingin terbentuk dalam rahimku. Encik hubby berkorban dalam membantuku menguruskan hal rumah tangga....kesian dia, namun aku x mampu nk buat apa-apa.

March
Aku hampir-hampir berjaya melepasi saat-saat tremister yang pertama....kejutan yang kami terima, anak dalam kandunganku tidak bernadi! Bila bleeding dtg menemui ku....luruh rasa jantungku.

April
1 April Hospital Selayang,akhirnya telah menjadi takdir bahawa kami belum dikurniakan dgn seorang bayi comel....ternyata kandunganku tidak bernadi dan dia telah keluar pada jam 12tgh di bilik scan Hospital Selayang......

Mei-Jun
Sejak itu pendarahan aku tidak berhenti....aku jadi x keruan tidak boleh mengawal emosi....apa yang aku fikirkan aku menghadapi penyakit kronik dan MATI! Diserang gastrik krn emosi tidak stabil....
Pergi berubat dengan ustaz daud (bekas anak murid harun din)...katanya aku dalam keadaan 'menghoyan'.....seringkali menangis, takut berjauh dgn enCik hubby.....enCik hubby terpaksa melayan segala pertanyaan aku....karenah aku...

Julai - Nov
Menghadapi masalah sembelit setelah mengubah cara pemakanan mengikut nasihat doktor...pelbagai andaian yang dibuat sehingga aku takut utk terima segala hakikat yang bakal aku terima. aku di syorkan utk menemui doktor pakar...

Nov
Jiwa x keruan...ditambahkan dengan kesibukan kerja....dgn ketidak percayaan orang bahawa aku sakit & x mampu untuk bekerja.

Disember
- Keadaan diri makin stabil....aku menjalani colonskopi namun masih tiada keputusan daripada pihak hospital.
- Aku & enCik hubby menyambut ulangtahun perkahwinan kami dgn plan enCik hubby....best dapat hadiah dari enCik hubby yang pertama kali dia mencari hadiah utk aku tanpa bertanya pada aku sendiri.

secara ringkasnya perjalanan hidup sepanjang tahun ni penuh dengan dugaan satu persatu. terkadang membuatkan aku hampir putus asa....namun ALLAH tidak suka kepada mereka yang berputus asa an tidak redha dengan ketentuannya. Segala yang berlaku banyak menunjukkan aku ke jalan yang lebih diredhai....moga Allah terus memberi petunjuk aku ke jalan yang diredhainya, insyaallah.

Buat enCik hubby...terima kasih atas kesudian menjaga aku dalam suka & duka....harap abang akan terus bersabar & tidak serik dengan apa yang dilalui selama ini...terima kasih atas segala-galanya dan moga Allah lebih mengurniakan kebahagiaan hidup, dimurahkan rezeki dan diberikan zuriat pada suatu hari nanti.....perkenankanlah....

Debaran 2011
Masuk je tahun baru bnyk orang akan perkatakan tentang azam...tentang pencapaian....Tapi bagi aku sekarang ni, xde benda nk diperkatakan tentang azam....walaupun aku sangat menginginkan zuriat, tapi aku tidak meletakkannya sebagai satu azam.....
Bukan bermakna aku tidak berusaha dengan sungguh-sungguh, tapi segalanya atas ketentuan Allah...

Terkadang aku takut, apakah tahun 2011 adalah lebih hebat perjalanannya dai tahun 2010...atau sebaliknya. Apa yang aku harapkan....sinar 2011 lebih memberi makna dari segi kebaikan untuk keluarga kami....aku hanya mampu berdoa...dan terus berdoa.

No comments:

Post a Comment