Tuesday, August 16, 2011

2nd Kraf Simple...

Hari ni xde tajuk sensasi....just meh kita wat kraft yang mcm x menarik tapi still boleh guna..huhu
Nak bagi nama apapun aku x sure...
So meh je la kita buat...macam biasa kita akan gunakan bahan-bahan buangan...
Bahan-bahan yang perlu dicari...
Mesti ada gunting untuk gunting kotak dan juga tali serta benda renek-renek lain...
Punch sebab nanti kita nak buat lobang...
Sedikit tali (lebihan buat gubahan hantaran orang)
Lebihan pembalut hadiah
Gam cair (kalau dapat gam UHU lagi bagus)

wokeh jom kita mula...
1. Mula-mula carilah kotak yang x berapa tebal yang senang nak dipotong. Potongkan kepada dua bahagian. Nak banyak pun xde hal...
2. Selepas itu balutkan kepingan kotak tadi dengan pembalut hadiah...kertas balut hadiah yang saki baki dari hadiah orang pun xpe.janji x renyuk...kalau ada gam UHU lebih baik sebab kalau kita guna, gam UHU tidak meninggalkan kesan kedutan pada kertas sepertimana gam cair biasa.

3. Kepingan kotak yang telah dibalut, dibuat lobang pada sebelah bahagian sahaja. Buat pada kedua-dua keping kepingan kotak itu.
4. Guna lebihan tali tadi untuk dijadikan sebagai penggantung seperti ini.


5. Sesi untuk deco-deco....tetiba ada lak lebihan kertas pembalut hadiah orang kawen ni. Ada la love-love kan. Dengan kerajinan pada masa itu aku pun memotongnya walaupun satu kerja yang remeh. Mungkin kalian boleh guna bahan lain seperti rempah ratus ke untuk dijadikan sebagai aksesori benda ni.


6. Ni dia....kepingan love. Lekatkan di sisi kepingan kotak tadi. Jadilah sebagai hiasan...dan.....SIAP!

Inilah hasilnya....benda ni aku x tau namanya. Yang aku tau , aku gunakan ia sebagai tempat untuk lekatkan note sebab tempat-tempat lain x sesuai. Dinding ni dah le kain lagi la xleh lekat. Jadi terciptalah benda ni. Tapi kat dalam gambar ni xde pape note = terserlah xde keje....kantoi! Sesiapa yang berminat boleh mencuba....

No comments:

Post a Comment