Friday, August 19, 2011

Bicara Tentang Romantik

Wah, tajuk sangat teruja! (aku je kut...orang lain x teruja pun)....
Tajuk pagi ini timbul apabila aku bermimpi di malam hari (semalam) tentang sebuah kisah silamku
Yang pernah aku lalui dengan seseorang yang bernama lelaki....
Entah kenapa tiba-tiba dia hadir dalam mimpi ku...sejak akhir-akhir ni selalu la pulak...
Namun setiap kali bermimpi dengannya pasti aku akan memberitahu kepada enCik hubby...
Jeles! Bertengkar? ermmmm xde...his ok. Dia pernah tahu tentang kisah itu....

Jangan pikir yang bukan-bukan ok...aku bukan mimpi yang berat-berat pun...just tentang kebaikan dia
Kisah aku dengan dia pernah aku tuliskan di sini  dan episod-episod seterusnya...
Mengenang tentang kebaikann seseorang membuatkan hati terasa sayu...mungkin terasa sedikit rindu akan kenangan silam....aku manusia biasa yang jujur dengan apa yang telah aku nyatakan....bukan niat untuk mengkhianati cinta, jauh di sudut hati....namun, kenangan lalu pernah menjadi sebahagian dari perjalanan hidupku.

Pagi tadi pulak, semasa bangun bersahur tayangan filen Syurga Cinta....walaupun dah tengok berkali...
Kali ini hati tetap terpaut untuk terus melihat, terus mengasyikan setiap adengan romantik yang di paparkan di dalam slot tersebut. Pastu korang pun pernah tahu tentang filem itu bukan.

Sedikit sinopsis filem tersebut sekadar imbauan :


Irham, berusia lewat 20-an anak kepada pasangan Tan Sri Zakaria dan Pn Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah bersekolah dan bekerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya. Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat.Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh. Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini.
Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil. Walaupun hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal.
Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan ’misi’nya. Melihat ’ketulusan’ Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang. Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan dia merasa selesa dan tanpa disedari telah menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam seperti mendirikan solat.
Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma ”suka-suka” dan bukannya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa. Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kini lain pula jadinya. Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah.
Bagaimana Irham menangani perasaan tersebut? Berjayakah Irham memenangi kembali hati Syuhadah yang begitu kecewa dengan apa yang berlaku? Segalanya bakal terjawab dalam SYURGA CINTA.



Adengan-adengan romanti di dalam filem ini tidaklah keterlaluan dalam erti kata lain romantik itu perlu bersentuhan...namun romantik itu boleh terasa dengan perlakuan yang tidak bersentuhan....
Selalunya kita akan dapat rasanya romantik itu semasa bercinta...ala masa nak tackel-tackel dulu....ada yang buat suprise...perkara-perkara yamg diluar jangkaan kita....


Mungkin dengan cara renungan....memek muka....satu-satu peristiwa yang dirancang....
Seperti di dalam filem itu...terutamanya di adengan akhir...Irham ingin melamar Syuhadah...
Datangnya sebuah kereta kontrol membawa sebentuk cincin....
Apabila Syuhadah bersetuju menerima lamaran Irham...Irham pula menarik kembali bekas cincin yang telah diajukan kepada Syuhadah....
Semasa Syuhadah ingin menyarungkan cincin itu dijarinya, Irham pula menghulurkan jarinya untuk disarungkan....dengan peranan memek muka antara mereka, terasa romantiknya saat itu....


sepertimana di dalam video klip Elyana...yang melamar husbandnya dengan meletakkan kata-kata lamaran di cermin kereta husbandnya....
apa sebenarnya romantik ini...? dan korang suka romantik yang bagaimana...?
Dikala teringat kisah silam, walaupun satu ceritera yang menyakitkan....ubatilah ia dengan mengenangkan kebaikan mereka daripada melihat kepada keburukan kerana ia akan menimbulkan perasaan benci untuk selamanya. Namun jika sebaliknya, pastinya korang akan rindu kenangan lama itu dan menjadikan ia sebagai sebuah kenangan manis, bukan PAHIT...cubalah.....

No comments:

Post a Comment