Thursday, August 25, 2011

Ada sesape boleh tolong tak?

Sebenarnya keadaan ni ada rasa sejak 2 3 hari ni....
Kepala serabut (pada dasarnya x nampak serabut)...hati semak sangat.....
Jiwa KACAU!
Selama ini aku ingatkan bila aku mampu menasihati orang lain, aku telah kuat
Tapi hakikatnya aku masih tewas melayan perasaan...fikiran sendiri tatkala melangkau kawalan diri...
Agak susah nak faham dan agak sukar untuk menerangkan....
Macam ni la, samada orang nak terima penjelasan ini atau tidak..terpulanglah. Namun aku wujudkan blog ini pun hanyalah untuk meluahkan rasa yang merangkumi jiwa tiap saat dan ketika...
sumber : google
Persoalannya...hati aku mudah berkata-kata sendirian...
Berfikir yang bukan-bukan menyebabkan hati runsing, dan mungkin erti yang lebih tepat menjadikan aku STRESS....
Jauh di lubuk hati, aku sangat teringin untuk mengandung, melahirkan, memiliki anak seperti insan lain...
Namun kiranya aku masih berada dalam keadaan demikian, mungkin akan merumitkan usaha kami...
Orang kata nak mengandung tak boleh stress....
Akupun x tahu jenis apa yang merunsingkan hati aku ni...setiap saat bercerita tentang keburukan...ancaman..
Kematian...penyakit...tiada siapa yang mampu memahaminya...
Adakah aku giler???? Giler ke aku??? Atau aku je yang terasa aku Giler????
sumber : google
Aku merayu padaMu....janganlah aku diduga sebegini lagi.....
Aku sangat menginginkan anak....aku sujud padaMU....makbulkanlah hajat kami suami isteri....
Berilah aku ketenangan...seperti mana insan lain yang gembira atas kurniaan anugerah untuk mereka.
Walaupun aku sedar bahawa, ada lagi insan yang teruk diduga berbanding aku....
aku bersyukur , aku tidak diduga seteruk itu walaupun situasi kini aku rasakan tidak mampu untuk ditanggungi. Ampunkanlah aku ya ALLAH....
Berilah aku kekuatan dalam melaluinya....kekuatan dalam menewaskan kata-kata hati yang mempengaruhi fikiran aku....
Aku perlukan sesuatu untuk menjauhkan 'elemen' itu terus menguasai diri...
Ada sesiapa yang mampu menenangkan aku...ada sesiapa yang mampu memberi nasihat kepada aku...
Aku hanya mampu berpegang kepada "KITA PERLU REDHA ATAS KEHENDAKNYA, SIAPA KITA UNTUK MEMPERSOALKAN ITU SEMUA....".....
Ya Allah aku belum cukup kuat....
Berkatilah kehidupan aku dengan kebahagiaan dan ketenangan jiwa.....
Dengarlah rayuan hati ini....

(maaf, dari entry-entry yang gembira tetiba masuk entry yg lebih emosi....aku tidak mampu menipu diri sendiri) aku perlukan insan-insan lain dikeliling dalam meneruskan perjuangan ini....

No comments:

Post a Comment