Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan...Sah Jawatan

Syukur alhamdulillah Ramadhan kembali pada tahun ni dan sesungguhnya aku masih dapat menjalani ibadah puasa insyaallah dengan sebaik-baiknya...
Selamat berpuasa untuk kengkawan yang mengenali diri saya....walaupun rasa macam awal sangat lagi, tapi rasanya ada yang sudah sibuk membuat persiapan raya...maklum je la, x nak kelam kabut dikemudian hari...

Apapun, syukur kehadrat ilahi kerana beberapa hari sebelum menyambut Ramadhan yang mulia ini, aku telah diberi kebaikan yang ke 5 untuk tahun ini....aku telah menerima SURAT PENGESAHAN JAWATAN....walaupun jawatan ku tidak setaraf dengan kelayakan yang aku ada, namun aku bersyukur kerana aku masih mendapat rezeki bekerja jika dibandingkan dengan rakan-rakan yang lain yang masih ada tidak mempunyai pekerjaan tetap....

Terasa lega...seronok pun ada...sebab blh tukar loan rumah ke loan kerajaan...hehehe...semua yang berlaku ada hikmahnya....
Moga rezeki diberkati dan bertambah lagi selepas ini.....insyaallah...

No comments:

Post a Comment