Thursday, August 4, 2011

Operasi Mencari Bahan Biskut Raya

Jom baca citer aku....
Sehari sebelum berpuasa sempat jugaklah aku bersama enCik hubby menjalankan operasi mencari bahan-bahan untuk biskut raya yang telah di listingkan aritu...Mesti ada yang akan kata, nape awal sangat beli barang???
Jawapannya, sebab time pose enCik hubby akan di duga dengan makanan yang terpamer di merata-rata...so dia xmau keadaan sebegitu dilalui...hehehe.
Tak tahu nak beli kat mana, xde plan...last-last ke Tesco! Sampai je di parking, makuuuyyaaaiiiii ramai giler. Dah macam esok nak raya dah kome. Siap ada yang cari baju raya bagai...memang happening macam-macam rupa orang....karenah...termasuklah aku dengan enCik hubby yang menyemarakkan lagi suasana...

sampai-sampai terus pegi makan dulu...sebab masa tu dah jam 3.30 petang tapi x lunch lagi. lapar giler dan memandangkan banyak sangat manusia kat sekitar, kami mencari lot makanan yang paling xde orang. Cuba teka???? Dalam banyak-banyak tempat yang agak xde orang adalah Restauran A&W....kerana malas nak menunggu or xde tempat nak lepak, terkam je la apa yang ada.

Wajah enCik hubby yang gumbira dengan hidangan petang, terus bergaya dengan topi kegemarannya.


Ni la set yang kitaorang order pada aritu. Tengok time pose ni macam best je...

Mulakan operasi...siap bawak resepi...beria giler. Maklum je la bukan rajin benor pun nak wat. Ntah time tahun ni plak rasa lebih teruja untuk wat biskut raya. jadi x jadi, belakang kira. Buat biskut pun yang senang je...
Benda-benda yang telah di listingkan hampir semua dah dapat...satu je yang x jumpa lagi TEPUNG NAIK SENDIRI...bila minta tolong kat enCik hubby tengok-tengokkan...apa respon dia???
" Mana ada dalam dunia ni tepung naik sendiri"...gitu la , redha je la. Biasalah, dia bukan penah wat benda-benda ni. Bila ada bini, banyak benda yang di dapat belajar....Cari punya cari akhirnya jumpa juga.
Siap tunjuk dengan penuh rasa 'geram'....dan enCik hubby hanya tersenyum....xtau dia senyum sebab lastly dia dapat tahu ada TEPUNG NAIK SENDIRI or...gelagat bini dia...akan datang enCik hubby akan tahulah bahawa ada tepung naik sendiri.
Semua bahan-bahan ada kat sini...
Kos hampir RM80+ bercampur sikit barang - barang lain. Apa lagi, jangan lupa nantikan projek seterusnya fenomea aku menyediakan biskut raya tahun 2011. Percaya atau tidak....tunggu je la entry akan datang. (seram pun ada, takut tak menjadi biskutnya) kalau tak menjadi mesti kene kutuk dengan enCik hubby....

3 comments:

  1. La bagus2.. hihi semangat .. nuat sendiri lenih puashatikan.. bila siap nanti terpamer rasa puas.. kat ipoh rasa nya ada kedai bahan2 kek dan biskut tak silap area super kinta tu.. deret kedai mala ita tak pernah gi tapi kakak yang selalu gi situ

    ReplyDelete
  2. hehehe, ntah nape tahun ni plak semangt lebih...
    tu la, La pun dah lama x rewang2 kat Ipoh. so x tau kedai yg jual2 bahan2 buat kuih muih tu....
    blh la nti try2 kat area yg ita katakan tu

    ReplyDelete